- Books

Hujan Pagi #2020

Hujan Pagi Hujan Pagi mengesani dan menghuraikan kekusutan jiwa seorang wartawan generasi sebelum perang yang tidak lagi memahami dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan arah dan perkembangan suasana akhbar ma

  • Title: Hujan Pagi
  • Author: A. Samad Said
  • ISBN: 9836204849
  • Page: 478
  • Format: Paperback
  • Hujan Pagi By A. Samad Said, Hujan Pagi mengesani dan menghuraikan kekusutan jiwa seorang wartawan generasi sebelum perang yang tidak lagi memahami dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan arah dan perkembangan suasana akhbar masa kini Segala yang berlaku sekarang menyentuh hati nurani dan pegangan hidup wartawan itu.Perkembangan baru dalam harian Sinar Pagi menyebabkan Lokman terseksa dan tergelincHujan Pagi mengesani dan menghuraikan kekusutan jiwa seorang wartawan generasi sebelum perang yang tidak lagi memahami dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan arah dan perkembangan suasana akhbar masa kini Segala yang berlaku sekarang menyentuh hati nurani dan pegangan hidup wartawan itu.Perkembangan baru dalam harian Sinar Pagi menyebabkan Lokman terseksa dan tergelincir ke dalam dunia halusinasinya sendiri Menurut doktor jiwanya, Dr Ahmad Dio, penyakit Lokman akan lebih serius, jika tidak segera dibantu Dalam mingguan halusinasinya iaitu mingguan Hujan Pagi, Lokman merasa berperanan dan dihargai Dirasakan ada sesuatu perjuangan yang bermakna, sesuai dengan latarnya sebagai seorang nasionalis.Novel ini mempunyai unsur unsur lagenda, sejarah, arkeologi, astronomi dan politik dalam Hujan Pagi tidak dimaksudkan hanya sebagai latar tempat dan mental manusia manusianya atau sebagai sisipan ramuan ilmu tertentu, lebih daripada itu ia menjadi pelantar hujah dan percakapan idea tentang beberapa hal dan pendapat dulu dan sekarang.

    • [E-Book] ↠ Free Download ☆ Hujan Pagi : by A. Samad Said ß
      478 A. Samad Said
    • thumbnail Title: [E-Book] ↠ Free Download ☆ Hujan Pagi : by A. Samad Said ß
      Posted by:A. Samad Said
      Published :2019-09-02T23:27:53+00:00

    1 thought on “Hujan Pagi

    1. Hujan Pagi, kekal akan menjadi novel Pak Samad yang terbaik, jauh meninggalkan Salina yang tidak lebih rakaman sejarah, meskipun penting dan genting itu.Ia bukan saja dekat dengan dunia yang saya berada sekarang, bahkan ia mewakili sebahagian sejarah penting pembentukan negara moden, iaitu media massa the third estate yang sangat direbutkan bukan saja oleh pemilik kuasa, bahkan pembekal kuasa korporat sehingga menjadikan manusia di dalamnya sama ada pemangsa atau mangsa atau kedua dua sekaligus. [...]

    2. Saya kira, sehingga kini, novel inilah karya A.Samad Said yang paling besar Walaupun Pak Samad lebih dikenali melalui Salina, namun Hujan Pagilah yang memperlihatkan kematangan dan kebijaksanaan beliau sebagai sasterawan negara.Membaca novel ini ialah membaca pergolakan yang berlaku dalam dunia akhbar di Malaysia dalam dekad dekad 60an Lokman, seorang wartawan veteran di Akhbar Sinar Pagi menderita sakit kejiwaan akibat berlaku pertembungan antara keperluan mencari rezeki dan idealisme sebagai w [...]

    3. Dalam banyak banyak karya Pak Samad, saya secara peribadi menganggap Hujan Pagi adalah karya terbaik Pak Samad Kisah dunia kewartawanan dalam dua zaman Segala galanya tentang prinsip hidup, perjuangan bangsa dan bahasa Saya dapat merasakan keluh kesah, jerih payah, gelora hidup seorang wartawan Satu demi satu watak watak penulis dan wartawan akan terbayang di mata, apabila membaca buku ini Usman Awang, A Samad Ismail, Said Zahari, Ahmad Boestamam, Pak Sako Saya terkenangkan penulis penulis ASAS [...]

    4. Saya menyukai novel ini kerana pemaparan konflik ideologi wartawan wartawan Melayu pada dekad dekad awal selepas Merdeka sebagai tema utama Persimpangan yang dilalui oleh Lokman, Musir Ali dan Mahmood Bey sememangnya berlegar legar di kepala saya sejak beberapa lama Justeru, peluang untuk memahami pilihan peribadi mereka apabila berakhirnya zaman kegemilangan mereka sebagai wartawan perjuangan adalah pengalaman yang mengasyikkan.Namun, saya terpaksa memberi buku ini tiga bintang sahaja kerana be [...]

    5. Baru menamatkan Hujan Pagi oleh A Sam ad Said Sukar untuk aku tafsirkan perasaan yang membelenggu sebaik menghabiskan pembacaan.Benarlah tulisan sebuah blogger di internet semasa mengulas naskhah ini Membaca Hujan Pagi memerlukan banyak kesabaran dan daya tahan Jika tidak, kita akan terus berhenti, tanpa menghabiskan untuk menikmati novel ini Urutan ceritanya lambat, melompat lompat dan tidak teratur Hujan Pagi bukan sekadar untuk dibaca Hujan Pagi mesti ditelaah dengan teliti Tanpa mentelaah, p [...]

    6. Hujan Pagi Pak Samad seperti mahu pembaca melihat peranan dan hala tuju akhbar kita yang dibelenggu oleh kongkongan politik pemerintah Keresahan ini diterjemahkan melalui watak Lokman seorang wartawan veteran yang ingin melihat akhbar sebuah media mendidik dan memajukan masyarakat tanpa dinafikan kebebasannya Tapi Lokman dipaksa tunduk kepada kehendak zaman dan politik semasa hingga memberi tekanan hebat yang membawa kepada siri siri halusinasinya sebagai ketua pengarang Hujan Pagi pada pra keme [...]

    7. Akhbar bukan hanya sekadar laporan, perlu ada analisa, fakta dan hati nya Niat murni Lokman itu menyebabkan dia menghadapi tekanan Tekanan itu akhirnya membawa Lokman ke lembah halusinasi Hujan Pagi Hujan Pagi adalah dunia ideal, di mana Lokman seorang yang mantap, berguna, berjuang menentang penjajah Namun dalam dunia nyata, Sinar Pagi hanyalah akhbar yang sudah merasai zaman gemilangnya dan kini diketepikan Dalam novel ini, pengarang banyak memberi kritikan terhadap masyarakat pada zaman terse [...]

    8. Saya baru selesai baca Hujan Pagi First half of the book, rasa sangat teruja dan terkesan Kupasan sejarah secara tidak langsung sangat bernilai untuk saya Abdullah Munsyi, kapal The Fate The Eagle yang dibakar dan tenggelam bersama khazanah Melayu, kisah Temenggong yang tersorong sorong cuba menarik hati Raffles, banyak lagi Sama ada semuanya benar atau fiksyen nampaknya perlu saya kaji juga satu hari nanti Namun terus terang, saya rasa terkilan dengan begitu banyak cerita dari mata Norisah, men [...]

    9. This is definitely Pak Samad s magnum opus Could be one of the best book with magical realism in Malysia along with Anwar Ridhwan s, Sufian Abas , Roslan Jomel and Zainal Rashid.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *